Tuesday 25 October 2011

Konferensi Rantau Asean Sains dan Teknologi 2012

Tema:
“Ke Arah Sumbangan Bermakna Sains dan Teknologi dalam Pembangunan - suatu perspektif global”

Tempat: Universitas Padjadjaran, Kampus Jatinagor, Bandung, Indonesia.
Tarikh: 6 – 8 September 2012

Dianjurkan bersama oleh:
Departemen Sosio-Ekonomi, Fakulti Pertanian, Universitas Pandjadjaran
IKAMA (Ikatan Alumni Malaysia), Indonesia
PAPTI (Persatuan Alumni Perguruan Tinggi Indonesia), Malaysia

Tajuk kertas kerja:
Semua bidang dalam Sains Matematika, Sains, Sains Sosial dan Teknologi.

Objektif-objektif
  1. Menyediakan forum antara pengamal dan penyelidik dan menjambatani kedua-dua teori dan praktik.
  2. Menyediakan forum serantau Asean bagi perkongsian dan pertukaran idea mengenai kemajuan terbaru bidang-bidang Sains Matematik, Sains, Sains Sosial dan Teknologi.

Bahasa Resmi Konferensi

Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia

Panggilan Abstrak

Pembentang dipersilakan mengirim abstrak yang berkaitan dengan tema dan tajuk konferensi. Abstrak hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu atau Indonesia sahaja (dalam format MS Word sahaja), tidak lebih daripada 350 perkataan yang memuat isu, objektif, metoda/pendekatan, hasil (jangkaan hasil) dan kesimpulan. Nyatakan 3 hingga 5 katakunci (keywords). Pembentang boleh mengirim abstrak masing-masing kepada Prof Madya Dr Ismail Bin Abdullah, isbah@usim.edu.my atau Dr Sri Fatimah, sri_fatimah@yahoo.com

Tarikh-tarikh penting

15 Mei 2012 : Tarikh terakhir menghantar abstrak.
31 Mei 2012 : Pemberitahuan penerimaan abstrak.
30 Jun 2012 : Penghantaran kertas kerja penuh.
15 Julai 2012: Pemberitahuan penerimaan kertas kerja penuh.
1 Ogos 2012 : Penghantaran kertas kerja penuh setelah dibuat pembetulan.
6 Sept 2012 : Konferensi bermula.

Yuran Konferensi

Pembentang Antarabangsa : USD 100
Pembentang Indonesia : Rp 500,000.00
Peserta Antarabangsa : USD 50
Peserta Indonesia : Rp 250,000.00

Wednesday 20 July 2011

MUQADDIMAH

Konferensi pertama di Rantau Asean dalam Sains dan Teknologi bagi memertabatkan Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia sebagai Bahasa Resmi rantau Asean. Gagasan ini diasaskan oleh Persatuan Alumni Perguruan Tinggi di Indonesia (PAPTI) dan Ikatan Alumni Indonesia di Malaysia (IKAMA). PAPTI menggabungkan seluruh mahasiswa warga Malaysia yang pernah belajar di Indonesia dan IKAMA menggabungkan semua mahasiswa Indonesia yang pernah belajar di Malaysia.

PAPTI dan IKAMA bertindak sebagai pencetus idea dan nantinya negara-negara lain dalam Asean dapat bergabung tenaga dalam usaha ini.

Salah satu tujuan penubuhan PAPTI ialah memertabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan menjalin hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia dan sekaligus menjalinkan hubungan akrab anggota dalam Asean.

FAKTA KONFERENSI
Tarikh Konferensi: Jun 2012 (tarikh tepat akan dipastikan kemudian)
Tempat: Universitas Pandjajaran, Bandung
Lama Konferensi : 2 hari dan 1 hari rekreasi.
Skop kertaskerja: semua bidang Sains dan Sains Sosial.
Tema: Sumbangan Ilmuwan Menyelesaikan Masalah Kemiskinan Serantau
Bahasa Konferensi: Bahasa Malaysia atau Bahasa Indonesia sahaja.
Yuran: (akan ditentukan kemudian).
Kaedah Pengiriman kertaskerja: melalui www.easychair.org

SPONSOR
Kami ingin mengalu-alukan jika ada pihak kerajaan atau swasta daripada mana-mana negara Asean yang ingin menjadi sponsor bagi membantu meringankan beban penganjuran konferensi rantau Asean ini.

JAWATANKUASA BERSAMA

Malaysia diwakili oleh:
Prof Madya Dr Ismail Bin Abdullah (Pengerusi)
Prof Dr Jambari Hj. Ali (Timbalan Pengerusi)
Dr. Dasril Syahriar (Ahli)

Indonesia diwakili oleh:
Dr Ir. Tiena Amran (Jakarta)
Dr Sri Fatimah (Bandung)
Dr Widayati (Jogja)

Segala persoalan dan pertanyaan boleh hubungi:
Malaysia : Prof Madya Dr Ismail Abdullah, +60193860824, isbah@usim.edu.my
Indonesia: Dr Sri Fatimah, sri_fatimah@yahoo.com